[VIDEO] Kantoi! Kamal Adli & Uqasha Senrose Bercinta

by
Hiburan   3 views

Nampaknya Kamal Adli dan Uqasha Senrose semakin hari semakin rapat sejak mula bergandingan bersama dalam beberapa drama. Kemesraan kedua-dua selebriti ini sering menarik perhatian ramai dan Hangat.com merasakan yang mereka amat serasi bersama.

IKLAN

Penampilan mereka ketika pertunjukan fesyen Starvillon baru-baru ini juga mendapat perhatian ramai. Aksi Kamal yang mengusik Uqasha ketika di pentas peragaan dikatakan begitu manis dan comel oleh peminat.

Timbul desas-desus mengatakan mungkin bibit percintaan sudah mula berputik antara mereka berdua sehingga wujud hashtag terbaru #Uqamal. 

Apapun, jika benar mereka ada hubungan istimewa, tak salah kalau mereka berdua bercinta sebab masing-masing pun single kan?? Hangat.com hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua.

Sumber : Hangat

Leave a Reply