Uyaina Arshad Dikecam Gara-Gara Naikkan Kaki Di Atas Kepala Kerusi

by
Hiburan   32 views

Pada hujung minggu yang lalu, penyanyi antarabangsa Ed Sheeran telah mengadakan konsert jelajahnya yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Ramai peminat tidak melepaskan peluang untuk menonton sendiri konsert itu malah beberapa selebriti terkenal tanah air turut kelihatan ‘turun padang’.

IKLAN

Uyaina Dikecam 

Antaranya adalah pengacara, Uyaina Arshad yang dilihat telah berkongsi beberapa gambar ketika dia berada di konsert itu tempoh hari. Biarpun begitu, terdapat segelintir netizen telah memberi komen yang berunsurkan kecaman apabila perilaku Uyaina atau lebih mesra disapa sebagai Yana yang meletakkan kaki di atas kepala kerus dilihat seperti kurang sopan.

Jejaskan Imej Muslimah 

Menurut pengikut-pengikutnya, perilaku Yana dianggap kurang sopan kerana imejnya sebagai personaliti muslimah malah turut dikenali sebagai seorang yang lemah lembut seolah-olah seperti mencemarkan imej tersebut.

Malah terdapat juga segelintir pengikutnya menasihati pengacara popular itu untuk memadam gambar tersebut bagi mengelakkan ramai pihak salah sangka.

Sumber : Hangat

Leave a Reply