Terpaut Hati Dengan Dakwah Online, Gadis Peluk Islam Dalam Bigo – My Info Harian

by
Hiburan   11 views

SEORANG gadis yang terpaut hati dengan dakwah atas talian, selepas mengikuti kuliah Ustaz Badrul Amin di Bigo, memeluk Islam sebentar tadi menerusi aplikasi itu.

Sejumlah kira-kira 500 orang menyaksikan Cikgu Ayu, mengucap dua kalimah syahadah dengan bimbingan Ustaz Badrul secara langsung menerusi aplikasi berkenaan.

“Kami bersyukur kepadamu ya Allah hari ini Engkau buka hati Cikgu Ayu untuk jadi saudara kami dalam agama ya Allah,”

“Ya Allah ya tuhan kami, jadikanlah apa yang berlaku ini amal soleh dari kami ya Allah, dan semua yang berada dalam room Geng Kuliah pada saat ini,” lafaz Ustaz Badrul yang membacakan doa ringkas selepas selesai mengislamkan Cikgu Ayu.

Orang ramai turut menunjukkan rasa terharu sambil meluahkan rasa syukur menyaksikan acara bersejarah pengislaman gadis berusia 21 tahun itu.

Di bawah ini rakaman video saat Cikgu Ayu memeluk Islam. Sila klik untuk menonton.

Ustaz Badrul Amin, bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN memilih Bigo sebagai medium menyampaikan dakwah, tazkirah dan motivasi secara santai, kepada orang ramai terutama golongan muda yang menggunakan aplikasi itu.

Beliau mewujudkan gerakan dakwah yang disebut sebagai #GengKuliahOn bagi menggalakkan anak muda menimba ilmu menerusi laman aplikasi video sosial itu.

Sumber: Milo Suam

Sumber : myinfoharian.com

Leave a Reply