Tahniah! Mawar Rashid & Raf Yaakob Selamat Timang Cahaya Mata

by
Hiburan   2 views

Tahniah diucapkan buat pelakon Mawar Rashid dan suaminya, Raf Yaakob yang menerima kehadiran ‘orang baru’ dalam keluarga mereka.

Bersalin Secara Normal 

Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Binti Wan Abdul Rashid selamat melahirkan melahirkan anak sulungnya secara normal pada pukul 11.33 malam Rabu. Berita gembira itu telah dikongsi Mawar dan Raf menerusi laman Instagram mereka.

Menurut Raf yang juga adik kepada penyanyi dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob isterinya itu telah meahirkan anak mereka secara normal dan kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat.

Umum Jantina Anak Hari Ini 

Kongsi Raf lagi, ketika ini dia mahu isteri dan anaknya itu berehat secukupnya sebelum berjanji akan berkongsi dengan lebih lagi mengenai kedua-duanya. Malah menurut Raf, dia juga akan berkongsi mengenai jantina anak mereka pada hari ini selain berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan isteri dan anaknya.

Raf dan Mawar telah mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017. Menerusi perkahwinannya terdahulu, Raf dan bekas isterinya dikurniakan dua orang cahaya mata.

Sumber : Hangat

Leave a Reply