“Shame On You”- Da’i Wan Dazrin Selar Kenyataan Dua Lipa Sokong LGBT

by
Hiburan   34 views

Sejak kebelakangan ini, isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) hangat diperkatakan. Apatah lagi kerajaan Brunei Darussalam telah mengumumkan tiada kompromi untuk golongan itu dan tindakan undang-undang akan diambil sekiranya terdapat mana-mana pihak terlibat.

IKLAN

Dua Lipa Sokong LGBT 

Ekoran itu, ramai aktivis dan selebriti dunia yang menyokong LGBT menentang tindakan Brunei malah ada diantara mereka yang nekad untuk terus memperjuangkan hak LGBT. Antara selebriti yang menyatakan sokongan mereka pada ‘kaum pelangi’ ini adalah Ellen DeGeneres, Taylor Swiftdan Dua Lipa. Dua Lipa dalam kenyataan nya sebelum ini di Twitter memberitahu bahawa kaum Gay juga mempunyai hak sebagai seorang manusia. Malah dia turut menyatakan bahawa dia sama sekali akan memboikot mana-mana pihak yang cuba menentang hak LGBT.

Da’i Wan Selar Kenyataan Dua Lipa 

Kenyataan tersebut ternyata mengundang pelbagai perspektif daripada masyarakat dunia termasuklah dari pendakwah muda tanah air, Da’i Wan Dazrin yang menyelar kenyataan penyanyi itu.

Menurut Da’i Wan kenyataan Dua Lipa itu ternyata memalukan apatah lagi menyatakan sokongannya pada sesuatu yang melawan fitrah manusia. Kenyataan balas pendakwah itu turut memberi pelbagai reaksi dari pengikutnya namun rata-rata memuji dan menyokong akan kenyataan Da’i Wan yang menolak sekeras-kerasnya akan ajaran tersebut.

Sumber : Hangat

Leave a Reply