“Selalu Show Bertiga!” – PR Dedah Kisah Sebenar Mengenai Forteen

by
Hiburan   19 views

Susulan daripada berita mengenai pengunduran Izzue Islam dari Forteen, ramai yang mengecam kedua-dua belah. Ada yang mendakwa Izzue tidak matang dan tidak kurang juga mengganggap Forteen seperti berat sebelah.

PR Dedah Kisah Sebenar

Tampil mempertahankan kumpulan tersebut, petugas perhubungan awam (PR) mereka menjelaskan perkara sebenar mengenai persahabatan ahli kumpulan Forteen termasuk Izzue. Menurut PR tersebut yang dikenali sebagai Intan Becky memberitahu sepanjang menguruskan jadual kerja Forteen, lazimnya hanya tiga daripada anggota kumpulan itu akan terlibat dalam mana-mana persembahan mahupun acara. Perkara itu tidak didedahkan mereka kerana menjaga dan menyayangi ikatan persahabatan mereka sejak 7 tahun lalu.

Mohon Jangan Burukkan Keadaan

Tambah Intan lagi, segala tohmahan yang diterima oleh Forteen tidak sepatutnya berlaku kerana ramai pihak tidak mengetahui akan cerita yang sebenar.

Antara kenyataan Intan sebelum status tersebut dipadam di laman Facebook nya

Jelas Intan, anggota Forteen hanya memberi ruang kepada Izzue dan bukanlah memulaukannya seperti didakwa. Menerusi kenyataannya itu, dia turut mengharapkan agar peminat tidak memburukkan keadaan dengan membuat spekulasi yang tidak benar.

Sumber : Hangat

Leave a Reply