Daler Yusuf ‘Diserang’ Netizen Gara-Gara Tersalah Komen Di Instagram Siti Nurhaliza

by
Hiburan   4 views

Semalam, penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah memuat naik sekeping gambarnya bersama model dan pelakon Korea terkenal, Lee Sung Kyung. Melihatkan pada gambar itu ianya benar-benar menarik perhatian ramai malah turut menimbulkan rasa cemburu dikalangan pengikut Siti di Instagram yang mempunyai peluang untuk bergambar bersama.

Daler Yusuf ‘Tersalah Komen’

Dalam pada itu , kami tertarik pada satu komen yang ditulis oleh pelakon tanah air, Daler Yusuf yang memuji kecantikan Siti.

Namun begitu, komen Daler seperti kurang disenangi ramai pengikut Siti terutamanya peminat bintang K-Pop apabila pelakon itu secara tidak sengaja telah memanggap kecantikan Lee Sung Kyung adalah kerana pembedahan plastik dan bukannya kecantikan semula jadi seperti Siti.

Mohon Maaf 

Melihatkan pada komen itu, ramai yang menghentam Daler kerana seperti tidak peka dengan keadaan semasa selain menimbulkan isu sensitif melibatkan fizikal dan rupa paras.

Biarpun begitu, tidak lama kemudian Daler membalas komen tersebut dengan satu permohonan maaf.

Menurut Daler, dia hanya terdengar khabar angin mengatakan bahawa kebanyakan bintang korea membuat pembedahan plastik untuk kelihatan menawan dan dia turut memuji kecantikan Lee Sung Kyung yang sememangnya tidak dapat disangkal lagi.

Sumber : Hangat

Leave a Reply