Cendol Singapura Masuk Senarai Pencuci Mulut Terbaik Di Dunia

by
Berita   4 views

Tak ada yang lebih nikmat dari pencuci mulut atau kudapan yang dinikmati selepas makan besar. Rasa manis yang terkadang bercampur asam mampu menghilangkan rasa pedas, gurih, mahupun asin dari menu makanan utama.

IKLAN

Terbaru, CNN telah menyenaraikan 50 makanan pencuci mulut terbaik di seluruh dunia. Di antara senarai tersebut, muncul nama cendol sebagai salah satu makanan pencuci mulut terbaik. Namun, bukan cendol berasal dari Malaysia yang disebut, tapi Singapura.

Di Singapura, cendol menjadi makanan pencuci mulut yang disajikan di beberapa restoran tepi pantai. Tak cuma itu, cendol juga kerap dijajakan di jalanan.

Umumnya, cendol dibuat dari tepung beras dan diberi pewarna hijau yang diekstrak dari sari daun pandan. Kadang-kadang, sajian itu ditambah pula dengan kacang merah yang telah direbus. Cendol Singapura juga dimakan bersama santan dengan sirap gula yang memberinya sentuhan cita rasa karamel.

Menurut CNN, berikut antara 10 pencuci mulut ikonik lain di seluruh dunia yang terbaik patut anda cuba:

1. Tub Tim Krob- Thailand



3. Dan Tats – Hong Kong

4. Cornes de Gazelle – Morocco

5. Kashata – Afrika Timur

6. Pavlova – Australia dan New Zealand

7. Sour Cherry Pie – Amerika Syarikat

8. Alfajores – Amerika Selatan



9. Sticky Toffee Pudding – London

10. Oliebollen – Netherlands

Sumber : Hangat

Leave a Reply