“Bukan Jenayah Beristeri Dua, Ia Kententuan Takdir…” – Lelaki Ini Umum Status Berkahwin Dua. Isteri Kedua Juga Patut Diraikan Seperti Isteri Pertama

by
Hiburan   12 views

Bismillah…

Alhamdulillah telah berlangsung ijab kabul saya yang kedua pada 2 Nov 2018.

Sudilah membaca coretan ini untuk manfaat semua.

Hari ini cukup seminggu selepas majlis berlalu. Pelbagai reaksi dan respon yang kami terima maka hari ini kami akan berkongsi kepada anda semua tentang kehidupan baru kami.

Kepada yang simpati dan sedih untuk isteri pertama saya ucapkan terima kasih.Dia alhamdulillah boleh menerima walau ada sedih tetapi bukan sedih seperti yang ramai orang sangkakan. Seolah suami mereka pula yang berkahwin lebih.

Isteri pertama boleh menerima madu…

Bila ada orang jumpa dia dalam keadaan menangis dan simpati maka dia akan bersedih juga.Walhal dia boleh menerima keadaan yang berlaku tetapi bila kerap yang datang sedih maka tempias tu terkena sedikit.

Bukan tidak hargai tetapi bayangkan kalau pergi ziarah orang sakit.Semua yang hadir cerita bab sakit,sabar dan menangis.Begini dan begitu maka pesakit boleh jadi stress dan down.Tak sakit boleh jadi sakit.

Maka apabila ziarah pesakit hiburkan dia dengan cerita2 gembira.Doakan kesihatannya. Anugerah dan kelebihan Allah beri pada orang yang sakit.Itu lebih bermakna.

Jadi bila jumpa isteri saya ada baiknya tanya dia macamana dia boleh terima dan tabah atau bercerita tentang benda lain dan bukan ‘tumpang bersedih’.

Jangan cemuh isteri kedua sebagai perampas

Isteri kedua pula jangan ada yang mencemuh atau melabelnya perampas.Sebab kalau berkata begitu bermakna menyalahkan perkara syariat yang Allah halalkan. Hentikanlah berkata dan bersangka demikian.Terimalah syariat yang Allah halalkan kerana itu menunjukkan tanda keredhoan seorang hamba kepada penciptaNya.

Dia boleh menerima menjadi isteri kedua kerana melihat penerimaan isteri pertama yang meredhoi kehadiran orang baru untuk suaminya sebagai suatu ibadah dan dakwah.

Bukan jenayah beristeri dua, ia ketentuan takdir

Posting ini bukan untuk menunjuk atau show off tetapi melihat kepada keperluan untuk pemakluman yang saya sudah beristeri dua untuk mengelakkan fitnah bilamana saya berada di tempat awam bersamanya.

Kenapa semasa berkahwin isteri pertama biasa kita lihat diumumkan kepada public tetapi bila tiba isteri kedua nak disorokkan sedangkan dia sudah menjadi isteri yang sah di sisi agama dan undang2.Dia juga mempunyai perasaan tentang kewujudannya yang sudah bersuami.

Bukan suatu jenayah menjadi isteri kedua, ia adalah ketentuan takdir qada dan qodar. Asal suami mengetahui tentang hakikat dan tanggungjawab berpoligami. Isteri pertama dan kedua juga tahu tentang sikap tolak ansur dan pengkongsian.

Janganlah kecam kami atau keluarga kami, kekadang yang ada satu suami dan isteri juga ada masalah yang perlu dibaiki.

Kami bersedia bina keluarga ini dengan kasih sayang-Nya

Kami bertiga bersedia untuk menjadi satu keluarga besar yang mawaddah.Doakan yang baik2 dan kebahagian kami hingga akhir hayat. After all ia juga ada dalam sunnah Nabi saw.

Maaf pada yang tidak di jemput pada majlis pernikahan.Majlis sekadar sederhana.Tiada majlis walimah sebelah lelaki.Hanya sedikit dari keluarga dan sahabat handai terdekat yang di jemput malam pernikahan untuk belah lelaki.

Ramai yang bercakap, dengar, gossip, lakonan dalam drama menggambarkan poligami sebagai jahat dan tak elok, jadi bila ada yang nak indahkan syariat yang di halalkan jangan pula ada yang nak menunggu untuk berkata ‘hah kan dah kata ada masalah, tak patut kahwin dua.. bla.. bla.. bla’ Sedangkan yang kahwin satu pun ada juga masalah.Sedangkan lidah dan gigi lagi tergigit.Bagaimana masalah di uruskan itulah antara kunci kebahagian.

Maaf jika tidak setuju dengan status ini…

Mungkin ada yang setuju dan tidak dengan status yang saya tulis ini tetapi itu hak masing2 dan kami bertiga sudah bersetuju dengan langkah ini.

Akhir kata, siapa pun kita, dengan siapa kita berkahwin,perlu kembali kepada tujuan kerana Allah swt.

Letakkan kebergantungan penuh pada Allah. Allah yang memegang hati manusia.Kita manusia hidup di atas muka bumi ini untuk beribadah kepadaNYA.Lakukan apa juga tindakan mengikut syariat insyaallah selamat kita dunia akhirat.

Wallahua’lam

Sumber : Facebook Meor Abdullah via https://www.ohmymedia.cc

Sumber : myinfoharian.com

Leave a Reply