Baby Shima Kini Bercinta Dengan Artis Terkaya Indonesia?

by
Hiburan   3 views

Seperti yang dilaporkan oleh beberapa media tempatan di Indonesia, Baby Shima dikhabarkan kini sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan pengacara dan pelawak Entis Sutisna atau Sule.

IKLAN

Hubungan rapat mereka berdua bermula setelah Shima menjadi bintang tetamu undangan sebuah acara yang dikendalikan oleh Sule. Kemudia pada pertemuan kedua, Shima akui baru merasa dekat dengan duda empat orang anak itu.

“Awal pertemuan dia agak serius orangnya dan Shima takut mahu tegur. Kemudia di belakang stage itu dia tegur Shima,” katanya kepada blog hiburan Suara.com.

“Dan selepas dia minta WhatsApp Shima. Baru dia chat lah bila kenal dia baru tahu dia orangnya ramah dan sangat ambil berat,” kata Shima lagi.

Shima sekarang sudah mula sering berkomunikasi dengan bapa kepada penyanyi Rizky Febian itu.

“Kadang kita jauh dia video call tanya khabar Shima gitu sajalah. Shima sebenarnya minat dengan dia sebab dia lawak. Shima fanslah. Memang minat lah dengan dia,” kata Baby Shima.

Tidak hanya mengungkapkan rasa minat kepada Sule, Shima juga mengaku sudah bersedia jika dirinya dilamar oleh Sule. Dia tidak menolak jika lelaku tersebut merupakan jodohnya.

“Ya, tak nak cakap macam mana (lamar), kalau jodoh seseorang tu ditentukan sama Allah lah. Jadi kalau sudah ditentukan ya alhamdulillah,” katanya kepada laman hiburan celebrity.okezone.com

Sule Merupakan Antara Artis Terkaya Di Indonesia

Sule terkenal menerusi rancangan bual bicara ‘Ini Talk Show’ merupakan salah satu artis terkaya di Indonesia yang memiliki kekayaan hingga Rp20.5 miliar. Nilai kekayaannya datang di berbagai acara TV, bintang filem, sineteron, dan iklan. Selain itu juga, diketahui Sule memiliki syarikat production bernama Sule Enterprise.

Sumber : Hangat

Leave a Reply